Zaidi Ahmad

Mejar Zaidi Ahmad (45 tahun) ialah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana tuduhan membuat laporan polis dan sidang media berhubung isu dakwat kekal semasa Pilihan raya Umum Malaysia 2013.Beliau dituduh melanggar arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 mengenai ketidak-kekalan dakwat kekal dalam pengundian awal semasa PRU-13. Beliau membuat kenyataan media tanpa kebenaran pihak atasan tentera dan menghantar dua SMS lanjutan berbau politik. Beliau sudah berkhidmat selama 25 tahun dengan TUDM. kesalahan teresebut di perkarangan Balai Polis Kepala Batas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei dan 3 Mei 2013. [1]
Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal yang mudah dibasuh itu. Jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam dalam tempoh dua jam kemudian. Keluarga ini bertugas di Pangkalan TUDM Butterworth di Seberang Prai,Pulau Pinang.Dia seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April 2013. Dakwat kekal diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia bagi memenuhi satu daripada lapan tuntutan pemantau pilihan raya Bersih untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Namun ramai pihak masih tidak yakin dengan dakwat kekal itu kerana mudah dicuci setelah dibasuh beberapa kali. SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi.Mejar Zaidi berasal dari Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah dan bercita-cita menjadi juruterbang sejak kecil. Beliau pernah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).